24.12.13

Blog under construction


 
Hye Assalamualaikum :)

CAUTION ! BLOG UNDER CONSTRUCTION .
It might start to look a little weird round here .

Nampak tak perubahan yang amat ketara berlaku kat blog aku ini ? Haha ok !
Maaf jika blog ni agak kepinky-pinkingan . Act , aku memang dah cuba sehabis baik supaya warna blog ni bukan pink tapi designn punya design punyaa design .... pink jugak jadinya T.T Well ~ Jiwa aku memang tak dapat dipisahkan dengan warna pink ni . Masa mula2 memang dah rancang nak buat tema warna kelabu cemgitu tapi tengok ahh ~ Pink terusss . Btw , this blog is still under construction . I will try my best as the theme is not pink . Please pray for me . Lol ~ Haha . K aku perasan , ayat aku ni kan dah macam blog aku ni akan macam cantik jer macam comel je . Tuih ~ Hukhuk . 

Sebenarnya dulu aku dah angkat bendera putih dah bab blog-blog ni sebab srysly kalau siapa perasan blog aku dulu memang lah dah macam kapal sampah yang terlanggar batu besar lalu terjatuh terhempas pecah berkecai . Aku tak tahulah aku tidur sampai mimpi apa semangat mengedit blog ini tiba semula . Lol acewahhhh ~ Ha sebelum aku terlupa , Ada orang tanya aku pakai template apa blog ini ? Umm aku just guna Watermark Template . Aku tahu aku tak lah semahir uolss blogger2 malaya ni bab mengdesign blog , at least blog aku ni , aku design sendiri :D *pun boleh~ Lol haha .

Sebenarnya banyakk lagi yang aku nak dicelotehkan tapi aku rasa macam aku post , pastu aku baca sendiri . Haha . K aku tahu , bukan ada sesape pun yang sudi baca entry2 aku ni . At least aku sedar k . Umm sebenarnya aku tak tahulah kenapa ayat aku ni semua macam dah patah semangat . Haha xD Lek ahh bro . Yang lu macam serabut sangat ni dah kenapa -.- Hm k fine .

Sejak aku menjejakkan kaki aku di Mrsm Batu Bungkal ni kan , aku dah jarang nak menghupdate blog aku ni . Aku rindu zaman aku terlalu rakus mengejoin giveaway , contest blabla ni . Act memang aku nak join sangattt lagi . Giveaway2 sekarang ni fuhh hadiah semua gempak . Tapi hmm faham-faham je lah keadaan aku sekarang ni cemana . Kalaulah boleh bawak laptop ngan wifi g hostel sana , bolehlah aku join . In Sha Allah cuti panjang yang lagi berzaman nak datang lagi ni , aku akan join . Tpy maybe aku akan pilih yang due date dia tu short je .

Act tangan aku ni gatal je nak menaip panjang-panjang lagi , tapi masa tidak mengizinkan lahaii . Panjang umur murah rezeki aku update lagi ekkk . Aku tau korang tak sabar nak baca entry aku yang seterusnya kann /kelip mata . *Mohon pergi cari 10 baldi yang besar-besar untuk muntah . Huhu . Maaf lagi dan lagi kalau ayat aku ni melampau sangatt k ;) Well , tak mati pun letak ayat cemgini . Cuma akan timbul rasa menyampah je dalam diri anda sekalian . Sekali lagi maaf andai kata terkasar bahasa atau mana2 ayat yang membuat anda tersinggung . Maafkan saya T.T Saya rasa sampai disini sahaja yang dapat saya celotehkan . Sekian , Terima Kasih :) Assalamualaikum ~

*Gambar pinjam sbntr drpd Pakcik Google yang hengsem .


No comments: