12.7.13

Senyum,Petua Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas| Ustaz Azhar Idrus





Selalu Mengantuk Dalam Kelas atau Kuliah? Jom kita dengar petua dari Ustaz Azhar Idrus.




Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.
Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).
Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman .


Kawan Sampai Syurga



Baca ni :

Credit to Koala-Zeeqa
Thank you :)